Kemalangan Jalan Raya melibatkan kehilangan ahli keluarga,wang ringgit dan kesusahan
berpanjangan akibat tekanan erana kehilangan punca sumber kewangan jika yang meninggal
dunia itu adalah sumber utama untuk menampong perbelanjaan di dalam rumah
.
Daripada analisis berita kemalangan yang berlaku di dalam tempoh 4 minggu lalu,
jenis kemalangan berlaku melibatkan motosikal besar dan juga kereta bertembung
di lorong yang salah. Bila kita lihat bila geng trafik berkonvoi mengiringi vip negara, ia kelihatan
senang dan mudah ditiru. Di belakang tabir kejayaan mat motor polis trafik itu ialah
latihan dan pengalaman bertahun tahun. Hanya mat mat trafik yang berkeupaayaan tinggi
sahaja dipilih untuk menunggang motor besar selain darinya hanya menunggang kapcai atau scooter.
.
Tetapi di dalam alam pereman [luar kepolisan] sesiapa yang ada wang bolih beli motor besar dan
tunggang ke hulu-hilir berseorangan atau berkonvoi. Nampaknya aktiviti berkonvoi sangat
berbahaya kepada mat motor yang kurang pengalaman menunggang motor besar.
Satu dari masalah besar mat motor yang kurang pengalaman/kecekapan akan tertinggal dan akan
mengejar masa dengan menunggang motor dengan laju di awasan yang sesak trafik. untuk mengejar
masa. Olih itu peluang bergesel antara satu big bike dengan kawan sepasukan adalah besar.
.
Satu dari risiko besar di jalan raya ialah adanya lori muatan berat di jalan raya. Bila anda
mengesan ada lori berat di jalanraya [HGV] , berilah mereka space untuk berhenti bila pemandu
HGV kenakan brake emergency, jika anda dihadapannya. Menunggang perlahan
jika membuat jarak anda dengan HGV terlalu rapat adalah bahaya. Jauhilah jarak motosikal/kereta
dari HGV kerana di dalam keadaan biasa pun HGV mempunyai ciri ciri bahaya yang tersendiri.
.
Senario Kemalangan
-------------------------
Senario 1
Kereta A di belakang kereta B. Kereta C datang dari arah bertentangan di dalam jalan Persekutuan
[bukan lebuhraya]. Pemandu A hendak memotong B. B buat derk tak mahu lepaskan A
memotongnya. Di dalam senario ekstreme , apabila A hendak memotong B pun naikkan kelajuannya.
Bila A hendak memotong , A terlajak bawa ke 1km pun tak di benarkan potong dek si B hinggalah
A bertembung dengan C yang tak sempat mengelak. BAAAAM. Perlanggarau berlaku.
.
Senario 2
------------
.
Senario ini dipanggil kejar konvoi VIP. Tidak semestinya VIP yang mendahului perjalanan. Ianya
bolih terdiri dari konvoi motor besar atau sebuah ambulan yang memandu mengikut lorong
yang terbuka untuknya.
Kereta dibelakang VIP akan mengejar konvoi kereta VIP /ambulan dengan laju dengan adegan
potong -memotong kereta lain. Di dalam satu kes kenderaan yang mengejar, telah melanggar
objek yang dikejar [bik bike] mengakibatkan maut bagi penunggang motor itu bila ianya dilenyek
dek kereta yang juga dipandu laju dibelakangnya.
.
Senario 3
-----------
.
A membawa motor di lebuh raya . Kereta B yang bereada di lorong kanannya membuat pertukaran
lorong secara tiba tiba dan melanggar si A tadi. A terjatuh dan dilenyek dek C yang dipandu laju
dibelakang A tadi. Keputusan- A maut.
.
.
Analisis Kemalangan
---------------------------
.
Di dalam senario 1 , sikap buruk pemandu yang tak guna akal dan juga tak kisah bahaya yang ia
terbitkan dengan sikap 'mengenakan' pemandu di belakangnya. Tuhan sahajalah memberi balasan
setimpal dengan kejahatannya. A tidak cermat di dalam memotong. Mungkin kalau
A gunakan gear rendah ia mungkin dapat memotong keeta dihadapan dengan selamat.
Ada kemungkinan kereta A tidak cukup hp untuk mengatasi kelajuan kereta B dihadapannya.
Pemandu kereta kena tahu limitasi keretanya. Pengetahuan am fasal data tentang kereta buatan
Malaysia tak disiarkan dek pengeluar dan pemadu selalunya jahil spec keretanya. Kereta yang dijual
diUK ada siarkan data masa untuk mengubah kelajuan 50-80kph di dalam
majalah Autorcar atau Motor. Masa untuk kereta menukar kelajuan dari 50kph-
80kph terpantas memberi gambaran samada ianya kuda tua atau GT Racer. Kebanyakan kereta 1.3
engin Proton mengambil 30 saat untuk mengubah kelajuan 50-80kph.
.
Ambiltahulah limitasi kereta anda. kalau ianya mempunyai spec kuda tua , janganlah suka bawa
laju. MYVYI 1.5 jelas mempunyai spec yang lebih baik untuk ubah 50-80kph mungkin
dalam 10 saat. Dan ianya perlu dilaksanakan dengan gear rendah !
.
Senario 2 menunjukkan mental pemnadu kereta yang danggal yang saya lihat berleluasa
di Malaysia aje. Ianya satu fenomena local yang jijik.
.
Senario 3 menunjukkan betapa komannya standard pemanduan di Negara ini. Di UK kalau
di dalam ujian memandu si pelajar tak buat 'mirror check ianya terus akan gagal. Di Sini
standard untuk lulus sangat longgar -tidak ada peratoran sedemikian!
.
Akhirkata
-------------
Media TV dan Radio patut sebagai sumbangan kepada CSR perlu adakan peringatan supaya pemandu
tinggalkan sikap buruk yang tersenarai dalam 3 senario di atas. Jika Astro, TV3, RTM , Stesen Radio
semua menyumbang 30 minit sehari di dalam menyebarkan keburukan yang patut ditinggalkan
pemandu Malaysia beribu kemalangan dapat dielakkan di jalan raya Malaysia.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home