Saturday, February 21, 2015



Kemalangan Kenderaan-Kereta Terbabas/
Kereta Terbalik di Jalan Raya
--------------------------------------


Menuntun berita di dalam sebulan ini, kelihatan

2 atau 3 kereta  terbabas di dalam kemalangan

jalan raya setiap minggu.  Saya terpanggil memberi

pandangan-analisis dan cadangan yang dapat

merungkai mengapa ianya berlaku dan memberi satu

cadangan untuk masa panjang untuk pembuat dasar yang

berkenaan.




Secara ilmiah semua benda yang bergerak adalah

tertakluk kepada Hukum Newton [Google-Newton's

Laws Of Motion].

Hukum No 1nya berbunyi-

'Body in motion will continue to be in a state of motion,

unless impressed force acts upon it..'


Terjemahanya -

Satu badan [kereta/ bola] yang bergerak akan terus bergerak

hinggalah ke satu poin  satu daya mencengkamnya..'

Hal ini berlaku secara teori -maknanya di dalam situasi

'real life' tidak ada situasi yang bolih terdapat satu bodi

yang bolih terus bergerak tanpa henti kerana terdapat daya

'friction' atau geseran yang berlaku antara tayar dan roda

bodi yang akan berhentikan bodi itu.  Situasi yang hampir di

dalam Senario Hukum Newton adalah terdapat di padang luncur

 ice [ice-skating ring].

Ingat Hukum Newton adalah benar [true] bila kelajuan asal

[initial velocity] kosong [=0].

Maknanya walaupun ada kasut atas padang luncur sekalipun dan

kalau pada mulanya ianya tak bergerak , ianya tidak bergerak

bila bila masa pun selepas t=0.

Ingat motion maknanya gerak. Tak bergerak pun satu motion [velocity=0]

Kias Yang Simple
-----------------

Bila Pak Mat berjalan dengan memakai sarong yang londeh dia bolih

bermundar mandir tanpa henti hinggalah satu dari seliparnya tersangkut

di kain yang terlondeh tadi.Kalau selipar kanannya mencengkam kainnya

terbabaslah Pak Mat ke kanan.  Dan jika selipar kirinya mencengkam kainnya

terbabaslah Pak Mat ke kiri.

Di dalam senario kereta yang berjalan terus [continuos motion] ianya akan

terbabas ke kanan jika tayar belakang [kananya ] tercengkam brek. Senario

terbabas ke kiri akan berlaku jika tayar belakang kiri tercengkam dek brek.


Sistem Brek- Sistem Hidraulik
------------------------------

Kalau sistem operasi brek di motosikal kapcai adalah sistem wayar , bila kita

brek, roda belakang dan hadapan akan dicengkam melalui 'pads' .Wayar akan tarik

2 pasang 'brek pad' ke arah roda [depan dan belakang ] hingga kapcai berhenti.

Bila kita lepas brek di tangan ada reaksi dari spring yang 'free'kan pads dari

roda.

Motor berkuasa besar pakai sistem hidraulik untuk operasi brek. Skematik operasi

sama dengan sistem wayar tapi hydraulik ada ciri cirinya sendiri. Pads masih

digunakan tetapi saiznya besar. Sistem ini melibatkan operasi 2 pump Master-Slave. Model

M-S ini bolih dilakukan olih Guru [Master ] dan Student [Slave] .


Contoh: Cuci Papan Hitam.


Master mulakan [arah] Student [Slave]: Cuci Papan Hitam. Student pun cucilah papan hitam

seperti diarah guru.


Master Pump Hydraulik adalah simple pump yang ada 2 piston.  Jadi bila brek ditekan ianya akan

2 piston sekali gus dan tekanan ini akan dibawa olih cecair brek ke brek belakang.

Sistem brek kenderan sekarang adalah-

sistem 1: Brek Cakera [disk brakes] di 2 roda hadapan dan dua drum di belakang

[90 peratus jenis kereta guna sistem ini]

sistem 2 : Brek Cakera depan dan belakang [ Proton Perdana]


Kelemahan Sistem
---------------

Sebelum menukil article ini saya ada membuat pertanyaan di warong saya selalu

lepak mencari poin kelemahan sistem brek.

Di dalam operasi sistem 1, slave pump di roda belakang  bocor dan bila ianya bocor

ianya akan mencengkam dan tidak free bila kenderaan dibrek dengan kuat [emergency

brake]

Bandingkan dengan sistem brek basikal tadi. Operasi brek mesti cengkam bila pemandu

membrek dan freekan roda bila brek dilepas. Kapasiti brek bila ianya bocor mungkin

50 per sen utuh. Bolih pandu di keliling taman dan hantar anak ke sekolah.

Masalah besar bila bawa laju di lebuhraya- brek yang mencengkam akan buat kereta terbabas.

Ini berlaku apabila piston di slave pump sudah berjalan 20mm tidak pulang ke lokasi asal kerana kebocoran.


Di dalam sistem 2 , slave pump tidak memberi masalah amnya kerana gerakan setiap

pump adalah hanya lebih kurang 2 mm. Poin of failurenya terletak di Master Pump.

Kalau Master Pump sudah lemah [sealnya atau pistonnya haus] kapasiti brek dibawah

40 persen- tak selamat untuk bersiar siar di kawasan Taman.

Gerakan piston piston di Master pump adalah 20-30mm dan kerjanya berat.

Bagitu juga kesnya untuk di disk di dalam  sistem 1- gerak pistonya sekitar 2 mm juga.


Contoh- Proton Perdana dan Peugeot 504


Style Senggaraan Kereta

-----------------------

Apa cara yang nak digunakan-

1. Tunggu rosak baru baiki

2. Adakan sistem Preventive Maintenance ikut buku panduan [BP]

Setiap kereta dijual dengan Buku Panduannya [BP]. Walaupun tuan membeli kereta

secondhand adalah wajar BP ini diperolehi dan dibaca kerana ianya akan beritahu

spec Minyak dan senggaraan berkala yang perlu dilakukan atas kereta jenama itu.



Cara 1 adalah membahayakan .Tidak di sokong. Lebih baik naik bas/lrt

dari mempunyai kereta.

Cara 2- baiki ikut skim berkala. Kalau kereta sudah berumur 4 tahun adalah wajar

minyak rek ditukar. Periksa untuk kebocoran jika di sistem brek No 1 [disk/drum].

Lihat kesan minyak di roda. Jika ada cepat ke mekanik atau kedai tayar yang bolih

menukarkan slave pump itu. Kalau dah bocor tukar sahaja slave pump di roda

belakang. Di dalam hal brek belilah spare part ori di Authorized Dealer kerana

ianya menjamin keselamatan.

Di Malaysia peniaga tidak ada sifat honour macam omputih-semua nak cepat kaya dan kemudian

bermegah megah bangsa kami kuat kerja dan kaya.  Yang celik IT bolih order

barang dari  internet kerana barang tiruan berleluasa dan tanpa kontrol di malaysia. 


Kalau anda sudah mempunyai kereta bertahun tahun dan tak pernah buka brek belakang

[disk/drum] mulakan sekarang. Cari mekanik yang bolih buka dan gantikan pump seal.

Cadangan ini untuk mat yang kekurangan Ringgit. Tukar cecair brek dan suruh mekanik

buka master pump sekali. Carilah gantian seal di kedai yang jual seal

[seal specialist]

Jenama adalah penting. Cari jenama Jepun seperti Seiken untuk semua keperluan seal.Ianya

mempunyai simbol bagaikan cross gereja katolik.

Spec Minyak Brek- Gunakan Spec Tinggi .

Spec yang ada mengikuti DOT 2, DOT 3 , DOT 4

Spec Tinggi memberi faktor keselamatan yang lebih .

Minyak brek yang disokong- Bosch DOT4  [warna cecair keemasan] kerana Boiling

Poinnya Tinggi

Impak Brek Belakang Tercengkam
-----------------------------

Bila satu brek belakang tercengkam, kereta bolih terbabas terutamanya pada hari

hujan renyai renyai. Di waktu itu minyak dijalan hanya timbul dari celah celah

batu di atas permukaan jalan membuat jalan jadi licin

Bahaya untuk kereta yang tinggi-Jeep, Pick Up, Avanza dan Innova  .Kereta akan

terbalik apabila satu daripada roda belakang di cengkam dek brek.

Ingat -Lumrah brek adalah cengkam dan Free.Pastikan ianya disenggara sebelum ianya

mendatangkan masalah




Tingkatkan Pemerekseaan Kereta Sendiri
--------------------------------------

Walaupun di England ada sistem pemeriksaan

kendereaan setiap tahun [MOT Test] satu

prasyarat untuk membaharui cukai jalan, pemandu

dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri yang

lebih kerap olih tahap keselamatan perlu ditingkatkan

kerana terdapat cuaca buruk di luar jangkaan.

Di negara kita kenderaan dimestikan buat pemeriksaan

sebelum hakmilik bolih diproses untuk pemindahan hakmilik.

Tapi dengan sistem yang ada kemalangan masih tinggi.

Ambil tugas pemereksaan kereta kita sendiri.

Simpan buku log/rekod bertarikh dan rekod km setiap

kerja pembaikan/tukar minyak/tukar tayar dan resip resipnya.


Beberapa tahun lampau tuntutan insuran saya ditolak dek Syarikat

Insuran London dan Pacific walaupun kereta saya diinsurankan dengan

insuran comprehensif. Mereka mahu bukti yang kereta telah disenggara

dengan baik walaupun kereta belum pun berumur 5 tahun!




Akhir Kata
---------

Guru guru sains di Sekolah bolih mendidik pelajar

untuk menjadi pemandu celik masa hadapan dengan menggunakan

contoh yang saya telah adakan. Satu daripada cara menunjukkan

operasi brek ialah memasang satu demo sistem brek di atas lab bench yang ada

master pump dan slave pump yang berfungsi. Pelajar akan dapat guna info

ini untuk menjadikan mereka pemandu yang celik secara teknikal



Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home