pUNCA kEBAKARAN- SAIZ TAP-OFF UNIT UNTUK PENDAWAIAN UNDERSAIZ
Di dalam hal kebakaran nih saya ingin kongsi pengalaman saya
sebagai orang awam-melihat dari luar apa yang berlaku di
Taman tempat saya tinggal. Saya sudah ada opinion pasal
punca kebakaran ini llama sudah tapi say malu nak beritahu
TNB kerana ianya satu organsisai complete dengan R & D
yang dianggotai olih pakar pakar yang kompeten di dalam
bidang elektrik.
Penglibatan kerjaya saya sebagai perekabentuk sistem
overhead sejak saya mula menceburi engineering hinggalah
saya melepaskan tanggongjawab di dalam arena rekabentuk
sistem distribution dan juga penjanaan di dalam kompleks.
20/30 tahun lalu tidak ada kebakaran wiring di mana mana
sekolah /mahat tahfiz walaupun kebelnya usang dan guna
teknologi lama [kebel TRS]. Sejak tahun 70'an kebel
yang digunakan telah dapat lonjakan teknologi
dengan guna kebel pvc atau pvc/pvc yang mempunyai
insulation properties beribu kali ganda lebih baik dari
kebel trs yang dibuat dari getah asli dan senang merekah.
Senior engineer dari era itu akn faham apa yang sya
ceritakan ini.
Sistem Kebel Overhead
Pada era itu juga, kebel untuk distribution ke seluruh
kampong guna hanya kebel bogel tanpa kulit.
Kebakaran berleluasa hanya timbul sejak TNB guna
kebel bersalut -kebel ABC [AERIAL BUNDLE CABLE].
Kebel ini sangat bagus dan menurunkan statistik
breakdown kerana bila ada pokok tumbang keatasnya
tidak ada akibat kerusakan kecelakaan itu.
Observansi Di Taman Saya
Saya terjumpa tap-off unit [unit yang sambongkan kebel
dari rumah ke kebel TNB] saya membuat konklusi berikut-
ianya tidak bolih menampong arus letrik 100 Amp kerana
surface contact arenya telah mengecil daripada ianya mula dipasang
sebab oxidation telah berlaku. Material digunakan adalah Aluminium
yang kalau saya gunakan di dalam bangunan perlu di salut
vaseline sebelum diikat kuat. Pada masa kebel bogel dolu kita
gunakan brass tap off unit yang bolih menampong contact resisance
yang sesuai dan ianya 30x lebih dari yang digunakan sekarang.
Insiden
Di dalam kes no. 1 di hadapan rumah no *" , tap off unit ditukar 2 kali
di dalam tempoh kurang setahun [mungkin hanya lepas 3 bulan].
kerusakan yang berlaku merusakkan fridge, tv sound sistem di
sepanjang deretan rumah yang menerima bekalan dari tap-off
unit ini. Kali kedua tap-off unit ini meragam ia terbakar di atas
kebel [overhead] dan akhirnya meletup. bayangkan apinya besar
hingga bomba dipanggil untuk padamkan api.
Pada insiden no 3 berlaku tidak jauh dari lokasi no. 1 dan 2
Tap-off unit diganti. Kesemua kebel di Taman kami adalah jenis
ABC.
Saya memang berterima kasih kerana tunjuk ajar yang telah diberikan
kepada saya semasa di TNB olih senior di sana. Saya harap
TNB bolih kaji perkara ini dan implementasikan Revision 2.0
Tap-off unit 2.0
Saya syorkan TNB guna tap-off unit untut kebel bogel [made-in-uk]
dan balut atasnya insulation tape [made-in-uk] dan diikuti dengan
strip tube kereta /basikal dan ikat dengan cable-tie.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home