Kemalangan Jalan Raya -2
-------------------------------
Statistik Kemalangan Di musim perayaan kini, perhatian saya tertumpu
ke statistik kemalangan yang berlaku setiap hari di dalam 'Ops Selamat'.
Mengikut laporan TV sehari lalu 50 dari 88 kematian setiap hari melibatkan
motosikal. Laporan kereta terbabas merupakan kejadian yang berlaku setiap
beberapa hari. Yang terakhir sekali berita kereta aktor Rosyam terbabas
di Gombak beberapa hari yang lalu.
Isu Bangsa Dalam Statistik
--------------------------
Hati saya tergerak untuk membuat konklusi keberangkalian kemalangan
dan kematian di jalan raya melibatkan orang Melayu adalah tinggi.Kebanyakan
pengguna motosikal adalah pria dan gadis Melayu. Sumber dari satu Hopital Daerah
memberitahu saya hampir kesemua autopsi kematian motor yang dijalankan
beliau melibatkan Melayu. Kes kereta terbabas yang dilaporkan dek TV dan
juga melibatkan Melayu. Di dalam kes kemalangan bas ekspress kebanyakan
[mungkin 90 peratus ] pemandu yang terlibat adalah melayu. Satu caveat
yang saya berikan ialah data adalah dipetik dari 'angin' [plucked from the air].
Ini berlaku kerana ketiadaan data yang complete yang keluarkan dek ajensi
bersangkutan keselamatan jalan raya.
Lori Bawang
-----------
Mengimbas pada masa lampau , kita dapat lihat lori lori yang mengangkut
keperluan harian [lori bawang] biasanya akan membuat hentian rehat di Gambang,
beberapa batu sebelum Kuantan di dalam perjalanan mereka ke Terengganu
atau Kelantan. Pada sekitar jam 8 malam lori lori akan berkumpul di tepi
jalan Kuantan-KL dan makan di gerai gerai yang tersedia dan bertolak sekitar
5 pagi. Badan yang mendapat rehat yang sempurna akan memberi tuan
badan kelebihan tenaga dan fokus apabila memandu untuk jalan jauh.
Jarang sekali kita lihat kemalangan yang melibatkan lori bawang. Ini adalah
satu sistem yang baik yang patut diikuti [dengan adaptasi] dek pengusaha
bas dan pengangkutan Melayu.
Penunggang Motor
------------------
Adalah menyedihkan bila saya diberitahu bahawa kebanyakan statistik kematian
motor melibatkan remaja Melayu yang belum lagi dapat membalas jasa ibu bapa mereka.
Pada satu hari saya telah mengekori seorang gadis yang menunggang kapcai yang
berada di persimpangan Batu Cave dan Sg Tua. Bayangkan satu simpang y :
jalan terus ke Melawati dan sisir kiri 'y' ke Sg Tua. Gadis belasan tahun
menunggang motor teragak agak di sempadan 'y' tadi
nak ke melawati . Kereta saya [jeep] berada di lorong kiri ke Melawati.
Datang satu Myvi dari lorong kanan membuat potongan lewat dari lorong
kanan nak ke Sg Tua memangkah jeep saya dan hampir melanggar
gadis yang menonggang motor itu. Nasib baik si
gadis dapat membuat brek emergency dan mengelak disapu dek Myvi itu. Di
dalam hal ini adalah penting penunggang motor mesti ada
kekuatan fizikan mengawal motornya dan mesti confident
menunggang di jalan raya besar. Ibu bapa harus pastikan anak mereka betul
competent sebelum menunggang di jalan raya besar.
Horn yang kuat adalah satu ciri keselamatan .
Jenama Bosch ada maklum ' clear the road for safe driving'
Jadi kalau horn motor/kereta anda tidak
menggerunkan tukarkan ke satu yang kuat dan efektif. Saya syorkan guna horn
yang keluarkan bunyi 'BMW' dari jenis Bosch atau Hella.
Jangan gunakan jenama tiruan!
Pakaian Menunggang
------------------
Mat mat motor di Eropah atau UK mempunyai satu standard yang baik bila
menunggang motor. Lihat aje cerita Vampire Diaries
-Jessica Alba akan menunggang motor dengan full suit.
Biasanya standard mereka melibatkan pemakaian helmet yang standard tinggi.
Riding suit yang dipakai adalah lain dari baju pejabat.
Mereka memakai riding jacket dan pants semasa
memandu dan menukar pakaian bila sampai di pejabat. Lihat sample pakaian
menunggang di sini-
http://www.bing.com/images/search?q=bell+motor+cycle+jackets&go=
Submit+Query&qs=ds&form=QBIR&scope=images
Jenama asli seperti Bell berharga seribu keatas. Di Malaysia kedai spare
parts jual barang tiruan sewenag wenangnya.
Kita bolih dapati mat mat tailor yang bolih jahit
kulit atau jeans terdapat di bandar bandar [kl-Komplex Pertama ] , [Semenyih-
Semenyih Sentral] dll. Kedai yang jual kulit bolih di dapati di Jalan Kelang Lama
.
Dengan kreativiti dan imaginasi anda bolih menunggang dengan style
dan selamat dengan menempah jaket kulit seperti yang terdapat di dalam catalog
berjenama yang famous.
Masa Kemalangan
---------------
Mengikut siaran BBC [Tomorrow's World] kebanyakan kemalangan berlaku pada masa
'makan tengah hari'.Pada masa itu aktiviti biorythm manusia jatuh terrendah
di dalam sehari. Olih itu elakkan perjalanan jauh yang melibatkan masa
tengah hari antara jam 12-2 petang itu. Pecahkan perjalanan
kita ke beberapa bahagian supaya ianya mengelakkan perjalanan di masa tengah hari.
Umpamanya jika saya nak ke Singapura dari KL [5 jam] saya target
ETA [estimated time of arrival] saya pada jam 10 pagi
di Orchard Road Hotel. Jadi saya gunakan
ETA - 5jam = ETD [estimated time of departure ] saya , iaitu jam 5 pagi.
Pada malamnya semua baggage telah dimasukkan di
dalam kereta dan kereta telah di check dan isikan minyaknya.
Jadi selepas sarapan awal saya akan berlepas pada jam 4-4.30 pagi .
Pra Menunggang dan Pra Driving Checks
-------------------------------------
Pastikan anda periksa brek dan lihat kondisi tayar motor dan kereta anda sebelum
mulakan perjalanan.Jika terdapat kesan minyak brek bocor di roda, pastikan brek
anda masih berfungsi. Bawalah kenderaan anda ke woksyop serta merta.
Kondisi Semasa Menunggang / Memandu -Balance
Semasa menunggang /memandu kita akan dapat rasa jika motor berfungsi dengan baik.
Balance motor/kereta semasa ianya baik mesti ada di dalam memori kita. Bandingkan
dengan keadaan pc kita. Bila ada masalah pc akan beri respon untuk repair.
Ia akan mencadangkan kita set pc ke kondisi -'last good setting' .
Di dalam menunggang motor /memandu kita kena
ada memori macam mana 'perangai' motor/ kereta semasa kita baru beli
[jika ianya di beli baru]. Saya pernah tanya mat motor yang baru pulih dari satu
kemalangan apa punca kemalangannya.Dia beritahu -balance motornya sudah
lari dan asal. Fork depannya bergegar jadi motornya terbalik bila ia membuat
cornering dengannya.
Dengan kereta -setting yang bolih lari adalah alignment dan fungsi brek.
Bila satu dari 2 perkara ini ada masalah kereta tak nyaman dipandu. Atau secara
simplistik balance kereta tak cantik!
Bila ianya berlaku bawalah kereta ke woksyop untuk di baiki segera.
Di dalam Formula 1, 'balance' kereta memberi kesudahan baik/buruk di dalam sesuatu race.
Akhirkata
---------
Pastikan anda ikut sistem di dalam kendalian motor/ kereta. Awasi semua punca
bahaya.Jangan malu menggunakan horn demi mengelakkan kemalangan.
Pastikan horn anda bolih memberi amaran yang efektif.
Gantikan horn anda jika bunyinya tidak memberi kejutan.
Ingat pesanan Bosch- gunakan horn 'to clear the road for safe driving'
Mulakan setiap perjalanan dengan doa .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home