Ke Arah Pemantaun Industri Perjudian Di Era Ekonomi Digital
Gomen perlu tingkatkan keupayaan mengutip cukai secara
efisen di era ekonomi digital dengan memantau lebih
teliti bagaimana kelab kelab [kononnya kelab sosial]
membuat transaksi banking [tanpa kertas] di dalam kelab kelab yang ada mesin judi.
Pada era digital ekonomi ini, Mat mat yang masok kelab untuk berjudi dah tak bawa dompet besar. Mereka hanya buat transaksi pemindahan wang di mesin terminal dikelab
[melalui internet] di dalam masa banking [seperti di MAYBANK] atau urusan banking di luar masa perbankan.
Banyak bank telah longgarkan syarat LIMIT kepada pemindahan wang hingga beratus ribu bolih dipindahkan
ke kelab sosial untuk tujuan berjudi.
Kalaulah BNM bolih memantau kes Pak Man Telo di dalam
hal pengambilan deposit secara haram, wajarlah BNM buat
prosedur memantau pemindahan wang ke kelab untuk tujuan
perjudian.
Kelab merupakan industri perjudian terbesar selepas Genting
yang tidak ada rekod pembayaran cukai yang nyata. satu cara untuk 'capture' transaksi di kelab ialah dengan mengenakan GST untuk pemindahan wang ke kelab kelab. .Cukai yang merupakan'sin tax' harus dikenakan ke atas semua transaksi antara kelab sosial dan tuan punya akaun di bank .Kadar yang sesuai pada permulaannya disyorkan 12.5 per sen. dengan ini
Gomen sudah kutip cukai dari pemain judi .Kedua ianya akan
memberi nilai transaksi yang dijalankan di kelab kelab melalui perjudian yang gomen susah nak tahu pada masa kini.
Akhir sekali, kelab kelab sosial ini merupakan 'outlet'
mat melayu Islam dibenarkan berjudi yang mereka tak bolih
buat di Genting. Olih itu wajarlah satu skim industri perjudian di buat ala Marina Bay Sands di tepi laut yang bolih menarik pelancong dan buka peluang 20-30 000 pekerjaan!
Skim lapok perjudian di kelab kelab harus di hapuskan menjelang 2018!
Labels: digital ekonomi. pengutipan cukai, industri perjudian, membuka malaysia ke industri judi yang besar, pemantauan industri judi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home