Friday, July 7, 2017

Wakaf-Penginapan RM1 Sehari Untuk Keluarga Yang Melawat Waris Di Hospital Di Lembah Kelang

,


En Kuan Chee Heng telah sediakan dua buah rumah teres dengan
bantuan penderma yang murah hati untuk sesiapa yang memerlukan penginapan  bila melawat keluarga yang berada
di hospital hospital di Lembah Kelang dengan bayaran RM 1 sehari
untuk diami di dalm bilik bilik yang  tersedia.

 Kedua dua rumah penginapan yang disediakan itu [teres sebelah menyebelah] terletak di Taman Puchong Utama.

Beliau juga sediadakan khidmat pengangkutan bagi yang memerlukan dari rumah itu ke Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Hospital
Pantai dan juga ke Universiti Malaya [UMMC} dengan bayaran sangat murah  [10 sen]

Wakaf ini telah disambut baik olih orang ramai yang telah menderma  sebahagian besar kos pengubahsuaian dan kos operasi rumah penginapan ini.

Penghuni hendaklah membersihkan bilik yang mereka diami.

Yang berminat bolihlah hubungi En Kuan di 012 273 2148
atau melalui akaun facebook beliau

https://www.facebook.com/kuan.cheeheng

Nota kaki

Kerja wakaf yang dibikin dek En Kuan adalah Islamik dan seperti
hamba Allah yang dermakan wang deposit rumah flet kepada keluarga melayu yang rumah mereka terlelong saya berdoa agar Allah beri mereka hidayah agar dapat menjadi gulungan orang orang yang mengikuti 'jalan yang lurus'  Ameen.

Mat mat  di yayasan wakaf ,JPM, YAPEIM  -jangan syiok sendiri dengan
gaji lumayan , hanya tahu meminta minta derma tapi takde
projek macam En Kuan. Ambil ikhtibar dan ' turut macam saya'
ala aktiviti En Kuan dan hamba Allah yang saya ceritakan tadi.

[Nukilan ini disiarkan di Tok-Man.blogspot.my]
.


.


.Tok Man

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home