Friday, July 7, 2017

Wakaf-Penginapan RM1 Sehari Untuk Keluarga Yang Melawat Waris Di Hospital Di Lembah Kelang

,


En Kuan Chee Heng telah sediakan dua buah rumah teres dengan
bantuan penderma yang murah hati untuk sesiapa yang memerlukan penginapan  bila melawat keluarga yang berada
di hospital hospital di Lembah Kelang dengan bayaran RM 1 sehari
untuk diami di dalm bilik bilik yang  tersedia.

 Kedua dua rumah penginapan yang disediakan itu [teres sebelah menyebelah] terletak di Taman Puchong Utama.

Beliau juga sediadakan khidmat pengangkutan bagi yang memerlukan dari rumah itu ke Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Hospital
Pantai dan juga ke Universiti Malaya [UMMC} dengan bayaran sangat murah  [10 sen]

Wakaf ini telah disambut baik olih orang ramai yang telah menderma  sebahagian besar kos pengubahsuaian dan kos operasi rumah penginapan ini.

Penghuni hendaklah membersihkan bilik yang mereka diami.

Yang berminat bolihlah hubungi En Kuan di 012 273 2148
atau melalui akaun facebook beliau

https://www.facebook.com/kuan.cheeheng

Nota kaki

Kerja wakaf yang dibikin dek En Kuan adalah Islamik dan seperti
hamba Allah yang dermakan wang deposit rumah flet kepada keluarga melayu yang rumah mereka terlelong saya berdoa agar Allah beri mereka hidayah agar dapat menjadi gulungan orang orang yang mengikuti 'jalan yang lurus'  Ameen.

Mat mat  di yayasan wakaf ,JPM, YAPEIM  -jangan syiok sendiri dengan
gaji lumayan , hanya tahu meminta minta derma tapi takde
projek macam En Kuan. Ambil ikhtibar dan ' turut macam saya'
ala aktiviti En Kuan dan hamba Allah yang saya ceritakan tadi.

[Nukilan ini disiarkan di Tok-Man.blogspot.my]
.


.


.Tok Man

Labels: ,

Monday, July 3, 2017

HARI HUJAN- BERWASPADALAH SEMASA MEMANDU/MENUNGGANG MOTOR

Saya terpanggail menulis pasal bahaya menunggang/memandu
semasa hujan apabila terbaca satu cerita tentang seorang
pemuda yang maut ketika menunggang motor barunya
semasa hujan di lokasi yang hampir  di pejabatnya

Walaupun penduduk Negara ini hidup di dalam senario
selalu menempuhi hari hari hujan renyai renyai dan juga
hari hari yang di turuni hujan yang lebat,
yang kita selalu menerima pengalaman ialah basah kuyup
akibat hujan. 

Kalau di luar negara omputih bila berjalan saje
mereka akan bawa payong.  Tengok aje gelagat
'Gentlemen jack' di dalam program WWE.  Ke pentas
wrestling pun 'Gentlemen Jack' akan bawa payung.

Kemalangan

 
Apa yang selalu berlaku semasa hujan ialah kemalangan
kereta -kereta , kereta- motor, atau kereta atau motor
akan terbabas sebab kelicinan akibat hujan tadi.

Saat saat paling bahaya bagi pemandu atau penunggang
motor ialah semasa memandu /menunggang di dalam
senario panas dan kering tetapi di tengah per jalanan  hujan mula turun.  Apabila hujan mula turun minyak di atas jalan akan naik ke atas [air] menyebabkan jalan raya jadi licin.
Hakikat ini mesti difahami dek penunggang dan pemandu.

Di  zaman serba canggih ini jenama kereta /motor mahal 
di lengkapi dengan alat yang bolih menangani masalah
kelicinan ini dengan adanya pengesan ABS [SISTEM
BREK CANGGIH]  dan sistem TCS [TRACTION CONTRO L SYSTEM] yang membuat pemandu/penunggang berupaya untuk pemandu/penunggang
 untuk pandu/tunggang dengan laju di dalam suasana hujan.


Dahulukan Keselamatan

 
Saya merayu agar media selalu peringatkan pemandu/penunggang
uintuk turunkan kelajuan ke separuh Tok mandan guna gear rendah senasa menunggang/memandu
di dalam keadan hujan. Soalan ini mesti dibangkitkan semasa pemandu/penunggang
mengambil periksa untuk lesen memandu/menunggang motor.

Jadi Mat mat yang tunggang kapcai atau pandu kereta
basic seperti SAGA/MYVI janganlah terikut ikut dengan
keupayaan kereta/ motor mahal yang bolih menangani
masalah pandu/menunggang di dalam hujan.


Sunday, July 2, 2017

Penipuan Di Dalam Industri Pemabaikan [Ketuk] Kemalangan Jalanraya

Baru baru ini saya telah diminta jiran untuk menguji kereta Kembara yang baru sahaja dibaiki selepas satu kemalangan di hadapan rumahnya selepas terperosok didalam bengkel CAC  Sdn Bhd di Pandan Indah selama 1 bulan.

 Dari  kaca mata kasar jelas kereta itu herot berot dari lokasi 2 tayar hadapan dengan kedudukan 2 tayar di belakang.

Kemalangan
 
Pada satu malam 25 Jun 2017 sekitar 10 malam kereta jiran
terparkir di hadapan rumahnya. Datang kereta toyota WA5814E  melanggar
 keretanya di sisi belakang menyebakan kerusakan teruk. Seterusnya kereta telah ditunda ke bengkel
CAC sdn Bhd untuk dibaiki dibawah tuntutan insuran tuan punya kereta yang melanggar kereta jiran saya.

Mengukur Kereta Yang Herot
 
Saya merujuk kepada spesifikasi kereta Perodua kembara dan
bacaan ukuran 'wheelbase'nya ialah 2420 mm.  Maknanya kalau kita ambil tape dan ukur dai pusat roda depan ke roda belakang kita akan dapat nombor ini -2420 mm.

Ukuran saya  adalah seperi berikut-

Di sayap pemandu  wheelbase  ;2423 mm
Di sayap penumpang  :  2405mm

Maknanya kereta ini sudah herot berot.

Kerja Takde Standard
 
Kalau inilah standard kerja sebuah bengkel di bawah kelolaan PIAM, ini adalah kerja  tak de standard.

Siapakah yang patut awasi mutu kerja kereta yang keluar dari bengkel yang diluluskan dek PIAM?

Ajensi manakah yang bertanggung jawab atas keselamatan
kenderaan yang telah dibaiki dek bengkel yang dibuat dibawah
tuntutan insuran?

 BNM, JPJ atau MOT

Atau adakah ini satu aktiviti yang merupakan  ' industry regulated' ?


Kajian MIROS
 
Baru baru ini Ketua Pengarah MIROS ada buat kejutan kononya
punca kemalangan utama  adalah pemandu gila ber'texting'!

Pada hemat saya ini satu jenaka besar!

 Kajian ini mungkin benar di Eropah kerana mereka memang hidup senang dan berpoya poya dengan pasangan isteri/suami
dan kekasih adalah satu lumrah bagi mereka. 

Adakah Pak Mat yang balik ke KB atau ke KT melalui LPT2 ada selera nak bertexting?

Tak mungkin.







Senario Sebenar
 
Bayangkan senario sebenar.  kereta yang dibaiki dari bengkel
selepas kemalangan herot berot hingga pemandu hilang kawalan bila dibawa laju di lebuhraya.  Ini kemungkinan besar bukan texting yang direka reka dek MIROS!


Ekspose
 
Saya harap pihak akhbar STAR akan buat satu ekspose di dalam industri pembaikan yang diuruskan dek PIAM Tok ManTok Manuntuk mencungkil sejauhmana penipuan berlaku seperti mana
yang STAR telah buat untuk industri tayar celup!



Wednesday, June 21, 2017

Di mana Silapnya Mat Melayu Bila Mereka Gagal Menerap Tauhid ?

Di manalah silap tauhid pemuda melayu hingga bolih terpedaya dengan 'kebenaran'
yang kononya di ujar dek Mat Bomoh bangsat?

Berpuluh siswazah siswazah UPNM   sanggup mendera  rakan
mereka hanyalah dengan hasil tilikan Mat bomoh bangsat lagi penipu yang  seorang
rakan mereka telah mecuri laptop dari seorang rakan lain.. 

Apakah  sistem persekolahan yang mengajar pendidikan Islam
tidak titikberatkan hal tauhid  di di dalam 11 tahun mereka  di bangku sekolah ?

Sistem pembelajaran agama Islam di UPNM terlalu selekehkah
hingga mereka tak ada filosofi tauhid yang bolih kenalpasti
kekarutan?


Tidakkah mereka faham bahawa manusia perlu gunakan akal
senantiasa. Dan Allah tidak suka manusia yang tidak menggunakan akal.  Media dan juga sistem pembelajaran di
dalam kurikulum sekolah dan universiti tidak melahirkan
penuntut yang bolih berfikir secara waras dan logikal.

Saya menariik perhatian tuan kepada satu wayang omputih yang telah ditayangkan beberapa tahun lalu  -21'.bolih lihat detinya di https://www.rottentomatoes.com/m/10009192_21
yang saya nak tekankan disini ialah cara mathematics bolih
digunakan untuk membuat tilikan yang lebih baik.

Kita kena mulakan dengan membuat satu andaian atas sesuatu perkara.
Kemudian bila kita diberi peluang untuk mendapat tahu
kebenaran lagi kita bolih tingkatkan tilikan kita dengan
mathematics.  Secara simplistik katakan ada  berita sebanyak
RM 10.1 juta ringgit telah dikeluarkan untuk dibayar kepada
3 peguam A,B dan C.

Bagaimana nak kita dapat satu tilikan  Tok Mansamada  berita ini sahih atau tidak?

Katakan bila kita tahu kesahihan tentang setiap kebenaran dari setiap peguam
kita sudah dapat jackpot. kebenaran itu sahih

Bila setiap penerima mengaku. yang dia telah menerima RM 300 000 kesahihan
 atau keberangkalian kesahihan sudah tercapai 1/3.Bila 2 peguam mengaku yang
mereka menerima RM 300 000 setiap se orang  kesahihan kenyataan telah naik
ke 1/3 +1/3 =2/3.

Jadi apakah keberangkalian peguam ketiga menerima RM 9.5 juta?
Jawapan: Sekarang bila 2 pintu kebenaran  telah diselak [dibuka]
kita bolih anggar kebenaran pegum  C  telah menerima RM 9.5 juta dengan
 keberangkalaian lebih dari 2/3!. 

Ini hanyalah pandangan saya yang telah lama tainggalkan pengajian statistik
di tahun 1 di universiti.






Kepada yang berminat lihat website ini: https://me.ucsb.edu/~moehlis/21.html

Di dalam hai lini saya ingin syorkan supaya kurikulum pembelajaran agama
di rombak agar pengajian tauhid ditekankan agar kes  Adun Pahang yang dikerat 12 dek
pasangan bomoh suami -isteri tidak berulang lagi    

Saturday, June 17, 2017

MENGIMBAS KEMBAL HIGHWAY CODE 1960'AN DAN MENGEMASKININYA UNTUK MASA AKAN DATANG

Daripada geng Telegram saya ada member majukan satu

klip video yang diterbitkan olih Majlis Keselamatan

Jalanraya yang dikeluarkan olih Filem Negara malaysia

pada tahun 1960'an.

 

Filem ini saya percaya bolih ditonton di www.monakas.net





Yang Menarik



Pengguna dinasihakan ikuti 'The Highway Code' atau Panduan


Jalanraya.





Sebab kemealnagan dolu dolu -



>pejalan kaki - jalan di jalanraya dengan sambil lewa



>mat motor- mencelah di antara 2 kenderaan






Statistik kemalangan pada tahun 1960'an


16 kemalangan /sehari . dari bilangan ini ada yang mati, parah

dan selamat.



 


Syor Untuk Menteri Tong Lai


Updatekan Highway Code ini. Lihat aje betapA  berkesannya

penjawat awam omputih semasa mereka bertugas di Negara kita,



Tong Lai -pastikan pegawai JPJ keluarkan satu Highway Code yang

terkini dengan grafik untuk senag difahami.

 

Masukkan jua stastistik kemalangan dan punca kemalangan.



Kes kes kereta terbabas dan kes tayar meletup yang meragut nyawa

mesti di'highlight'



Berikan tip tip membeli tayar. Pengguna mesti tentuikan pembelian

taya dari pembekal yang ada reputasi dengan nombor tayar tertulis

di resit.



Pembekal tayar celup kena tunjukkan sijil ISO 9000 mereka dan

nombor dan jenama mesti tertera di tayar dan resit.

 

Kes kereta terbabas akibat brek tak pernah diservis mesti dihighlight





Syorkan brek diservis setiap 2 tahun atau 20 000 km   .Minyak brek

ditukar ketika servis.






Mukadimah


Sikap sambil lewa Menteri MCA yang suka menjadi Menteri pengangkutan

bepuluh tahun lalu amat dikesali. Sudah sampai masanya Menteri Mca

bersikap pro konsumer bukan cukong       cukong kedai tayar yang menipu

besar besaran di dalm industri tayar yang meneyebabkan banyak

kehilangan nyawa.khusunya LPT2





 

tok Man

Thursday, June 15, 2017

True Dilema Melayu-DBKL Bertindak Bagaikan Along

Kita sudah biasa lihat bagaimana along [ceti haram]
mengutip hutang dengan taktik buat kecoh depan rumah orang,
tampal notis dengan gam dipintu pintu.
Lepas itu mereka akan simbah cat merah di hadapan rumah
si penghutang.

Kini DBKL  di bawah pimpinan Menteri Nan [tetel [b]kerabat [/b]'fake'
sengaja digugurkan] nak guna taktik yang sama . Tapi DBKL
belum sampai ke tahap simbah cat merah lagi!.Dolu dolu bapa
Menteri Nan berniaga goreng pisang di Chow Kit.Kini bila
udah kaya si Nan beri tetel Teuku [atau shirt ke Ku]  kepada dirinya.

[u]Satu Cerita[/u][u]

Pra DBKL

Masa dulu dulu  semasa [pra-DBKL]. Kuala Lumpur di
tadbir olih Majlis Bandaran Kuala Lumpur.Banda ini dipenuhi
dengan rumah rumah orang melayu.jadi kalau
mereka lewat aje bayar Cukai Pintu ,gedebe Majlis akan datang dengan lori -
mula mula masuk rumah; buat senarai baran barang di rumah
untuk ditarik dan dilelong.  Kemudian mereka akan bawa
tuan punya rumah ke mahkamah untuk melelong tanah mereka.

Di dalam satu kes yang sendiri tahu [ada personal knowledge]
ada dua dalang di Majlis yang buat kerja ini. Satu dari padanya
adalah Arkitek Majlis [satu sosok China] dan lagi se orang 
Bendahari Majlis.Sodok ini adalah seorang India tua.  Ini berlaku
pada tahun 60'an dan  kerja mereka dua ini ialah lelong tanah orang
Melayu dan mereka/geng mereka akan beli tanah tanah Melayu
di merata rata Kuala lumpur.   Tanah keluarga kami hampir
menjadi mangsa 2 ekor haramjadah ini.  Nasib baik pada satu
hari ibu dapat berjumpa dengan orang besar majlis satu sosok
yang bernama Ismail Bin Panjang Aris .Bila Tuan Ismail panggil si
Bendahari untuk memberi penjelasan mengapa tanah ibu hendak
dilelong , terketar keling tua tadi .

Hadiahkan Fatiha kepada arwah Imail B Panjang Aris-
True Dilema Melayu-DBKL Bertindak Ala Along semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Saya ingat ada lagi haram jadah di DBKL yang nak bikin strategi
sam dengan sosok 2 haramjadah Majlis Bandaran Kuala Lumpur
yang saya ceritakan tadi. Pada tahun 1960'an  ACA atau BPR
[ninda kepada SPRM] belum ditubuhkan.

Adalah wajar SPRM mengintai intai operasi DBKL-kerana saya
bimbang ianya nak jadi lubok 'easy money' haram jadah haramjadah
yang berkuasa di opis itu

Tuesday, June 13, 2017

Peluang Aprentis/Pekerjaan Sebagai Aircraft Turbines Mechanic Dengan GE



General Electric adalah syarikat terbesar di dalam pembuatan turbin
di dunia.  Ia membekalkan enjin turbin kepada pesawat pesawat dan Power Station



Rujukan Tentang Syarikat GE [general Electric]


https://www.google.com/search?q=general+elecric+turbine+repair+malaysia&ie=utf-8&oe=utf-8&client=firefox-b

Makloman Tentang GE  Di Malaysia


https://www.ge.com/my/sites/www.ge.com.my/files/Fact_Sheet_MY_MAY_2016.pdf

Apa Itu 'Gas Turbine' ?


http://www.genewsroom.com/Press-Releases/GE-Gas-Turbines-to-Power-Cogeneration-Project-in-Malaysian-Refinery-256888

https://www.geaviation.com/commercial/truechoice-commercial-services/truechoice-overhaul

Projek 'gas Turbine' Di Malaysia
http://www.genewsroom.com/press-releases/ge-oil-gas-supplying-malaysia%E2%80%99s-petronas-turbomachinery-second-floating-lng-facilit-0

2.Kelayakan

 
SPM -  sekurang kurangnya Gred C di dalam BI, Mathematics dan Sain [sains Am/Fizik/kimia]
Umur -26 tahun kebawah dan sehat tubuh badan
3.Elaun
Apprentis dibayar RM 750 ¬ 900  sebulan

Kursus-
Struktur Kursus- Teori 6 bulan, Project Assignment 6 bulan, dan
On-the-job training 1 tahun.
Program akan bermula pada Julai 2017

Temuduga

 
Temuduga terbuka akan diadakan pada 15 Jun 2017 [khamis]
di GE Subang.  Google  Googlemap  GE Subang Untuk dapatkan
peta arah ke tempat itu.


Yang berminat  sila emel  asmadi.mohd@ge.com atau/
dan talipon 012-2366712

Tip

 
Sediakan CV dan bawa sijil berkenaan bila di panggil
untuk temuduga. lihat sample CV yang saya telah tunjukkan
di dalam posting terdahulu di tranungkite.net [Qatar Airways dsbnya]

Info ini diterbitkan di Tranungkite.net/v12 dan tok-man.blogspot.my
untuk rujukan sentiasa


Tok Man