Friday, July 7, 2017

Wakaf-Penginapan RM1 Sehari Untuk Keluarga Yang Melawat Waris Di Hospital Di Lembah Kelang

,


En Kuan Chee Heng telah sediakan dua buah rumah teres dengan
bantuan penderma yang murah hati untuk sesiapa yang memerlukan penginapan  bila melawat keluarga yang berada
di hospital hospital di Lembah Kelang dengan bayaran RM 1 sehari
untuk diami di dalm bilik bilik yang  tersedia.

 Kedua dua rumah penginapan yang disediakan itu [teres sebelah menyebelah] terletak di Taman Puchong Utama.

Beliau juga sediadakan khidmat pengangkutan bagi yang memerlukan dari rumah itu ke Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Hospital
Pantai dan juga ke Universiti Malaya [UMMC} dengan bayaran sangat murah  [10 sen]

Wakaf ini telah disambut baik olih orang ramai yang telah menderma  sebahagian besar kos pengubahsuaian dan kos operasi rumah penginapan ini.

Penghuni hendaklah membersihkan bilik yang mereka diami.

Yang berminat bolihlah hubungi En Kuan di 012 273 2148
atau melalui akaun facebook beliau

https://www.facebook.com/kuan.cheeheng

Nota kaki

Kerja wakaf yang dibikin dek En Kuan adalah Islamik dan seperti
hamba Allah yang dermakan wang deposit rumah flet kepada keluarga melayu yang rumah mereka terlelong saya berdoa agar Allah beri mereka hidayah agar dapat menjadi gulungan orang orang yang mengikuti 'jalan yang lurus'  Ameen.

Mat mat  di yayasan wakaf ,JPM, YAPEIM  -jangan syiok sendiri dengan
gaji lumayan , hanya tahu meminta minta derma tapi takde
projek macam En Kuan. Ambil ikhtibar dan ' turut macam saya'
ala aktiviti En Kuan dan hamba Allah yang saya ceritakan tadi.

[Nukilan ini disiarkan di Tok-Man.blogspot.my]
.


.


.Tok Man

Labels: ,

Monday, July 3, 2017

HARI HUJAN- BERWASPADALAH SEMASA MEMANDU/MENUNGGANG MOTOR

Saya terpanggail menulis pasal bahaya menunggang/memandu
semasa hujan apabila terbaca satu cerita tentang seorang
pemuda yang maut ketika menunggang motor barunya
semasa hujan di lokasi yang hampir  di pejabatnya

Walaupun penduduk Negara ini hidup di dalam senario
selalu menempuhi hari hari hujan renyai renyai dan juga
hari hari yang di turuni hujan yang lebat,
yang kita selalu menerima pengalaman ialah basah kuyup
akibat hujan. 

Kalau di luar negara omputih bila berjalan saje
mereka akan bawa payong.  Tengok aje gelagat
'Gentlemen jack' di dalam program WWE.  Ke pentas
wrestling pun 'Gentlemen Jack' akan bawa payung.

Kemalangan

 
Apa yang selalu berlaku semasa hujan ialah kemalangan
kereta -kereta , kereta- motor, atau kereta atau motor
akan terbabas sebab kelicinan akibat hujan tadi.

Saat saat paling bahaya bagi pemandu atau penunggang
motor ialah semasa memandu /menunggang di dalam
senario panas dan kering tetapi di tengah per jalanan  hujan mula turun.  Apabila hujan mula turun minyak di atas jalan akan naik ke atas [air] menyebabkan jalan raya jadi licin.
Hakikat ini mesti difahami dek penunggang dan pemandu.

Di  zaman serba canggih ini jenama kereta /motor mahal 
di lengkapi dengan alat yang bolih menangani masalah
kelicinan ini dengan adanya pengesan ABS [SISTEM
BREK CANGGIH]  dan sistem TCS [TRACTION CONTRO L SYSTEM] yang membuat pemandu/penunggang berupaya untuk pemandu/penunggang
 untuk pandu/tunggang dengan laju di dalam suasana hujan.


Dahulukan Keselamatan

 
Saya merayu agar media selalu peringatkan pemandu/penunggang
uintuk turunkan kelajuan ke separuh Tok mandan guna gear rendah senasa menunggang/memandu
di dalam keadan hujan. Soalan ini mesti dibangkitkan semasa pemandu/penunggang
mengambil periksa untuk lesen memandu/menunggang motor.

Jadi Mat mat yang tunggang kapcai atau pandu kereta
basic seperti SAGA/MYVI janganlah terikut ikut dengan
keupayaan kereta/ motor mahal yang bolih menangani
masalah pandu/menunggang di dalam hujan.


Sunday, July 2, 2017

Penipuan Di Dalam Industri Pemabaikan [Ketuk] Kemalangan Jalanraya

Baru baru ini saya telah diminta jiran untuk menguji kereta Kembara yang baru sahaja dibaiki selepas satu kemalangan di hadapan rumahnya selepas terperosok didalam bengkel CAC  Sdn Bhd di Pandan Indah selama 1 bulan.

 Dari  kaca mata kasar jelas kereta itu herot berot dari lokasi 2 tayar hadapan dengan kedudukan 2 tayar di belakang.

Kemalangan
 
Pada satu malam 25 Jun 2017 sekitar 10 malam kereta jiran
terparkir di hadapan rumahnya. Datang kereta toyota WA5814E  melanggar
 keretanya di sisi belakang menyebakan kerusakan teruk. Seterusnya kereta telah ditunda ke bengkel
CAC sdn Bhd untuk dibaiki dibawah tuntutan insuran tuan punya kereta yang melanggar kereta jiran saya.

Mengukur Kereta Yang Herot
 
Saya merujuk kepada spesifikasi kereta Perodua kembara dan
bacaan ukuran 'wheelbase'nya ialah 2420 mm.  Maknanya kalau kita ambil tape dan ukur dai pusat roda depan ke roda belakang kita akan dapat nombor ini -2420 mm.

Ukuran saya  adalah seperi berikut-

Di sayap pemandu  wheelbase  ;2423 mm
Di sayap penumpang  :  2405mm

Maknanya kereta ini sudah herot berot.

Kerja Takde Standard
 
Kalau inilah standard kerja sebuah bengkel di bawah kelolaan PIAM, ini adalah kerja  tak de standard.

Siapakah yang patut awasi mutu kerja kereta yang keluar dari bengkel yang diluluskan dek PIAM?

Ajensi manakah yang bertanggung jawab atas keselamatan
kenderaan yang telah dibaiki dek bengkel yang dibuat dibawah
tuntutan insuran?

 BNM, JPJ atau MOT

Atau adakah ini satu aktiviti yang merupakan  ' industry regulated' ?


Kajian MIROS
 
Baru baru ini Ketua Pengarah MIROS ada buat kejutan kononya
punca kemalangan utama  adalah pemandu gila ber'texting'!

Pada hemat saya ini satu jenaka besar!

 Kajian ini mungkin benar di Eropah kerana mereka memang hidup senang dan berpoya poya dengan pasangan isteri/suami
dan kekasih adalah satu lumrah bagi mereka. 

Adakah Pak Mat yang balik ke KB atau ke KT melalui LPT2 ada selera nak bertexting?

Tak mungkin.







Senario Sebenar
 
Bayangkan senario sebenar.  kereta yang dibaiki dari bengkel
selepas kemalangan herot berot hingga pemandu hilang kawalan bila dibawa laju di lebuhraya.  Ini kemungkinan besar bukan texting yang direka reka dek MIROS!


Ekspose
 
Saya harap pihak akhbar STAR akan buat satu ekspose di dalam industri pembaikan yang diuruskan dek PIAM Tok ManTok Manuntuk mencungkil sejauhmana penipuan berlaku seperti mana
yang STAR telah buat untuk industri tayar celup!