PAU 2014 PAU 1984/5 -Titik Tolak Persamaan [ Ole Wine In new Bottle]
Idea untuk menyatukan bangsa Melayu memanglah murni dan pasti memberi
kebaikan kepada kaum kaum yang bersatu. Malangnya jalan ke penyatuan di
penuhi dengan rintangan sejarah hitam yang akan membuat satu parti menolak
bulat bulat cadangan penyatuan diperingkat awalan lagi. Manusia tidak bolih
'lari dari sejarahnya. Kalau harimau tinggalkan belang, manusia pula dipegang
dengan tindak tanduk masa lampau. Sejarah memberi indikasi bagaimana sesuatu
puak bolih dipercayai atau tidak.
Baru baru ini , bekas Ketua Hakim Negara ada membuat satu cadangan agar
UMNO dan PAS bersatu demi masa depan Melayu. Kegagalan berbuat demikian
,menurut beliau akan meletakkan status masa depan Melayu sama dengan geng
RED INDIAN yang telah hilang Tanah tumpah darah mereka dan
mereka hidup merempat dengan ihsan kaum
pendatang dari Eropah yang hapuskan kedaulatan dan kepunyaan tanah mereka.
Isu yang di terbitkan ialah kesatuan Melayu untuk meredah masa depan bangsa.Inilah
yang di titikberatkan di PAU 2014 ,Yang menarik di PAU 1984
mesej ini juga telah ditimbulkan dek perwakilan dari Kedah yang membuat aduat di PAU
itu agar gomen yang diterajui UMNO menyelesaikan masalah yang kononnya geng PAS
yang di terajui dek Ustaz Ibrahim Libya memecahbelahkan kesatuan melayu di Baling.
Ianya [pandangan saya] adalah 'pre-cursor' kepada 'Operasi Angkara' yang mengorbankan
14 nyawa.Lihat Cerita penuh di laman
Mengimbas kembali era 1984 lalu , Kedah diterajui olih Dato Seri Syed Nahar Bin Tun Syed
Sheh Shahabuddin ,seorang individu yang titikberatkan ketepatan masa semasa beliau
membuka satu seminar di Alor Star pada tahun 1979 dulu. Kebolihannya menyampaikan
ucapannya di dalam Bahasa Inggeris juga sangat baik. Saya bernasib baik kerana dapat
bertemu seorang politik UMNO yang 'old school' -jujur dan berwibawa. Beliau telah
meletakkan jawatan MB sebelum tamat tempoh akibat satu video yang diedarkan yang
menunjukkan beliau meminum arak di dalam satu 'private party'. Ada gossip video itu
telah ditangkap olih Unit Media Pas. Namun demikian cerita ini tidak dapat dibuktikan.
Pada 28 Januari 1985 Dato Seri Syed Nahar telah meletakkan jawatanya sebagai MB.
Tempatnya telah diambil olih YB Osman Aroff . Terserlah [secara negative] di dalam era Osman Aroff berlaku Peristiwa Memali pada 19 November 1985.
yang menarik perwakilan yang buat bising di PAU 1984 itu di beri anugerah khas.Satu daripada
mereka dilantik YDP Dewan Undangan dan yang lagi satu dilantik exco. Mungkin para pembaca bolih isikan 'gap' tentang nama mereka dan status mereka kini.
Pandangan Saya
--------------------
Team team di dalam UMNO bergelora . Team A 'bunuh' Team B . Mangsa di dalam
percatoran politik di Kedah pada tahun 1984 ada Dato Seri Syed Nahar. Kalau Unit Media
PAS menjadi dalang , mereka telah melembukan parti mereka sebagai kuda tunggangan
untuk kerja kotor Team A UMNO. UMNO berpecah belah. Dari 1985 hingga 2014
UMNO masih belum berubah untuk menyatukan Melayu di Kedah atau di Malaysia.
Menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan dan menghapuskan segelintir ahli PAS hanya
kerana mereka berbeda pendapat adalah satu kekejaman yang susah diampun dek otai otai
PAS dan Allah. Anih selepas 31 tahun Pemimpin pemimpin UMNO gagal untuk
membena jembatan perikatan PAS-UMNO. Retorik mesti bersatu akan tinggal retorik.
Siapakah diantara pemimpin Pas yang akan terima salam persatuan UMNO-PAS?
Bagaikan pengurusan Gereja Katolik di dalam era Eizabeth I,
UMNO di bina dari daki daki muslihat dan intrigue [khianat dalaman/tikam belakang]
http://art-harun.blogspot.com/search?q=memali+